Info Produk
Harga
RM 2 untuk setiap 3 bekas (1 bekas = ±65gram)
Beras pulut, ragi
Tiada lemak, ada tenaga
Bagi setiap 30 gram tapai pulut, terkandung 50 kilo kalori (kCal) tenaga, 11.4g karbohidrat, 1.1g protein dan tiada lemak.
Jangka hayat
Selepas proses penapaian (24 - 36 jam), rasa enak tapai pulut mampu bertahan sehingga 3 minggu jika disimpan pada suhu dingin (chiller).
Jangka hayat
Selepas proses penapaian (24 - 36 jam), rasa enak tapai pulut mampu bertahan sehingga 3 minggu jika disimpan pada suhu dingin (chiller).
Enak dimakan dingin
Tapai pulut lebih enak dimakan dingin selepas disejukkan atau dinikmati bersama aiskrim. Ia juga enak dinikmati bersama minuman sejuk seperti sirap ros.
Halal
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 - 12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa
1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
3. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
“Tapai pulut halal dimakan. Alkohol yang terjadi (sebagai hasil) sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.”
Alkohol sehingga 1.6 peratus
Kajian menunjukkan proses memeram tapai menghasilkan 0.8 peratus alkohol dalam tempoh tiga hari atau 72 jam.
Ada kajian menunjukkan tapai yang berada di pasaran mencapai tahap 1.6 peratus alkohol tetapi ia tidak memabukkan.
Demikian menurut Dzulkifly Mat Hashim, ahli kaji makanan Universiti Putra Malaysia, dalam “Unraveling the issue of alcohol for the halal industry”.
